Tarikh 12/05/2020 tak pernah aku sangka kakiku akan patah, tapi sebelum ni pernah terseliuh 2 kali, first masa kacik dan second masa aku berlatih main bola jaring zmn sek menengah. Ironinya memang kaki kanan tapi kali ni ujian dari Mu YaAllah sangat berat.patah 2 tulang tibia dan fibia kaki kanan. Sekarang MC panjang lah.
Doc suggest untuk operation tapi aku memilih untuk sembuh dengan semula jadi. Lupa nak bagitahu aku patah ni sebab terjatuh semasa nak keluar dari kereta. aku bersyukur aku trjatuh semasa aku tak mendukung baby aku mase 2 baru nak masuk 6bln, tak dapat aku bayangkan klu aku trjatuh trhempas bersama baby ku, biar lah aku trjatuh seorang tapi jangan anak. Sempat aku memberikn susu untk maisarah sbb time 2 dh pkul 9 lebih waktu maisarah minum susu sblum dia dihntr ke rumah ibu pengasuh.
Aku kongsikn pengalaman aku jatuh dan patah kaki mase 2... bulan puasa aku dan keluarga baru pulang dari berbuka di kampung suami. Mase aku trjatuh terus aku meraung sakit dan aku yakin kaki aku patah sebab aku tak dapat bangun. Suami ku memapahku untuk bangun, aku trus bagi tahu suamiku yg aku yakin kaki aku dah patah dan perlu ke hopital, anak2 plak alhamdulilah letak di rumah pengasuh.
Tiba di bahagian kecemasan aku tak dapat turun dari kereta sebab aku xdpt bergerak terasa sakit yg amat sakit pd kaki ku ,nasib baik lah semua orang di hospital Tungku Jaafar sangat baik,seorng lelaki pekerja hospital mengangkat kaki ku yg pth ke ats dan mengerakkan aku sehingga lah aku keluar dri kereta.
Kaki ku dipakaikan satu alat warna biru, mgkin untuk menampung kaki aku dan kaki yg sakit berkurang, semua dibuat dengan pantas wlaupun hospital kerajaan aku dpt merasakan perkhidmatan yg diberi terbaik. Nurse mengambil sample air kencing aku untuk pastikan aku tidak mengandung dan bila negatif aku dibawa ke tmpt xray..bile xray mereka dah bagitahu patah.
Mereka memanggil doc ortopedik yg oncall untk melihat tahap kepatahan kaki aku...doc pun menerangkan pada aku dan meminta aku buat pilihan sama ada operation atau tidak..aku memilih tidak memandangkan tulang tidak lari jauh cume nmpk patah pd 2 tulng.. ngeri bile memikirkan operation...
Kaki aku disimen dan diminta rehat selama 1 jam untuk simen betul2 keras sebelum dibenarkan pulang. Kelemahan simen biasa ni gatal sebab berhabuk sebab 2 dari kapur, berat ya amat menyebabkan payah untuk ke tandas atau bangun dan langsung tak boleh kena air, sebab simen 2 akn mnjadi lembut..next part 2

No comments:
Post a Comment